Pendedahan SPRM bukti RCI perlu disegerakan, kata peguam


Timothy Achariam

Peguam dan aktivis berkata, persepsi terhadap badan kehakiman kini buruk dan hanya RCI boleh membersihkannya. – Gambar fail The Malaysian Insight, 18 Oktober, 2019.

PUTRAJAYA tidak seharusnya menangguhkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang dijanjikan untuk menyiasat salah laku kehakiman, kata peguam dan aktivis.

Mereka berkata persepsi terhadap badan kehakiman kini buruk dan hanya RCI boleh membersihkannya.

Peguam berkata, RCI juga perlu memasukkan pasukan petugas khas di mana aduan terhadap badan kehakiman boleh dibuat.

Peguam Haniff Khatri Abdulla memberitahu The Malaysian Insight bahawa kerajaan perlu mempercepatkan RCI berdasarkan afidavit yang mengandungi dakwaan yang didedahkan oleh Hakim Mahkamah Rayuan Dr Hamid Sultan Abu Backer.

“Sekiranya RCI dapat dipercepat, maka terma rujukan juga harus termasuk pasukan petugas khas untuk melapor aduan mengenai skandal dalam kehakiman.

“Aduan ini boleh dibawa ke pasukan petugas khas oleh peguam, kerani mahkamah dan juga hakim,” katanya kepada The Malaysian Insight. 

Haniff mengulas dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang telah menerima 20 aduan mengenai dakwaan rasuah dan salah guna kuasa dalam badan kehakiman antara Januari dan Ogos tahun ini.

Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata tuduhan dibuat terhadap mereka yang bekerja di majistret dan Mahkamah Sesyen. – 18 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen