Anak perempuan Nelson Mandela mula tugas duta ke Korea Selatan


Zenani Mandela-Dlamini dijangka menyerahkan watikah pelantikannya kepada kepada Presiden Moon Jae-in dalam waktu terdekat. – Gambar EPA, 18 Oktober, 2019.

ANAK perempuan bekas presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, secara rasmi memulakan tugasnya sebagai duta baharu ke Korea Selatan, lapor agensi berita Yonhap memetik Kementerian Luar Seoul.

Zenani Mandela-Dlamini pada Khamis turut melawat kementerian itu untuk bertemu pegawai sebagai sebahagian prosedur diplomatik.

“Saya sangat gembira dapat berkhidmat di Korea, saya fikir kedua-dua negara mempunyai hubungan dua hala yang kukuh, dan saya akan berusaha perkukuhkan lagi,” katanya kepada pemberita .

Beliau yang dilantik sebagai duta pada awal tahun ini, dijangka menyerahkan watikah pelantikannya kepada kepada Presiden Moon Jae-in dalam waktu terdekat.

Dlamini, 60, anak sulung Mandela dengan isteri keduanya, Winnie Mandela.

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai duta besar ke Mauritius dan Argentina. – Bernama, 18 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen