Iran kurangkan komitmen nuklear jika kepentingan tidak dijamin


Iran bertekad untuk mengambil langkah selanjutnya untuk menangguhkan komitmen nuklearnya di bawah perjanjian nuklear 2015. – Gambar AFP, 18 Oktober, 2019.

IRAN pada Khamis berkata ia akan terus mengurangkan komitmen negara itu di bawah perjanjian nuklear 2015 melainkan kepentingannya dijamin oleh penandatangan, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan media tempatan.

Iran bertekad untuk mengambil langkah selanjutnya untuk menangguhkan komitmen nuklearnya di bawah pakatan itu, yang dikenali secara rasmi sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA), dan dasar itu “kekal tidak berubah sehinggalah syarat yang dikenakan dipenuhi dan kepentingan ekonomi Iran dari JCPOA adalah dijamin,” kata Timbalan Menteri Luar Iran Abbas Araqchi seperti yang dipetik media tempatan.

Araqchi membuat kenyataan itu dalam pertemuannya pada Rabu dengan rakan sejawat dari Sweden Anika Soder di Tehran. – Bernama, 18 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen