Kais Saied presiden baharu Tunisia


Di bawah Perlembagaan negara 2014, tarikh akhir Kais Saied perlu mengangkat sumpah sebagai presiden ialah pada 25 Oktober. – Gambar AFP, 18 Oktober, 2019.

TUNISIA pada Khamis mengumumkan Kais Saied sebagai presiden baharu negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

Pada sidang akhbar di Tunis, Presiden Pihak Berkuasa Tinggi Bebas (ISIE) Nabil Bafoun berkata keputusan akhir pusingan kedua pilihan raya presiden menyaksikan, Kais Saied memperoleh undian 72.71 peratus berbanding pencabarnya Nabil Karoui yang mendapat 27.29 peratus.

“Keputusan awal yang diumumkan akan dimuktamadkan andai tiada sebarang bantahan atau rayuan,“kata Bafoun.

Pada Rabu petang, Karoui berkata beliau tidak akan membuat sebarang rayuan berhubung keputusan pilihan raya yang diadakan pada 13 Oktober itu.

Sehubungan itu satu majlis angkat sumpah akan diadakan. 

Di bawah Perlembagaan negara 2014, tarikh akhir Saied perlu mengangkat sumpah sebagai presiden ialah pada 25 Oktober.

Pilihan raya diadakan susulan kematian bekas Presiden Tunisia Beji Caid Essebsi yang berusia 92 tahun pada 25 Julai. – Bernama, 18 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen