Turki, AS setuju henti seketika operasi ketenteraan di Syria


Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence berkata, operasi ketenteraan Turki akan dihentikan seketika selama 120 jam. – Gambar EPA, 18 Oktober, 2019.

TURKI dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju menghentikan seketika operasi antikeganasan di utara Syria pada Khamis, lapor agensi berita Anadolu.

“Operasi ketenteraan Turki akan dihentikan seketika selama 120 jam,” kata Naib Presiden Mike Pence pada sidang akhbar di Kedutaan AS ke Turki di Ankara.

Beliau juga berkata pengunduran pejuang Parti Pekerja-Pekerja Kurdistan (PKK) dan Unit Perlindungan Rakyat (YPG)  dari zon selamat sudah bermula yang membawa kepada langkah menghentikan seketika operasi ketenteraan Turki.

Turki akan mendapat zon selamat sepanjang 20 batu (32 kilometer), kata Pence.

Pence berkata Turki AS juga bersetuju menghapuskan Daesh sepenuhnya di timur laut Syria. – Bernama 18 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen