EU sekali lagi gesa Turki henti serangan di Syria


Tentera Turki membuat rondaan di utara Syria. – Gambar AFP, 18 Oktober, 2019.

PEMIMPIN Kesatuan Eropah (EU) hari ini mengulangi gesaan ke atas Turki supaya menghentikan serangan terhadap pemberontak Kurdish di Syria dan mengundurkan tenteranya selepas Ankara umum menangguhkan serangan.

Turki mengumumkan penangguhan selama 120 jam dan akan menghentikan terus serangan jika tentera yang diketuai Kurdish mengundur diri dari “zon selamat” seluas 32km di sepanjang sempadan.

Pemimpin EU yang bertemu pada sidang kemuncak di Brussels bagaimanapun berkata langkah itu tidak mencukupi. Beberapa negara EU telah menghentikan penjualan senjata kepada Turki sebagai tanda bantahan ke atas serangan itu.

“Majlis Eropah maklum pengumuman AS-Turki mengenai penangguhan semua operasi ketenteraan,” menurut kenyataan bersama ditandatangani 28 pemimpin EU.

“Majlis sekali lagi menggesa Turki menghentkan operasi ketenteraannya, mengundukan tentera dan menghormati undang-undang kemanusiaan antarabangsa.”

Turki, anggota Nato, berkata operasi ketenteraan itu perlu untuk menghentikan tindakan Kurdish yang menggunakan sempadan sebagai pangkalannya untuk melancarkan serangan di wilayahnya. – AFP, 18 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen