Imam rekrut belia untuk IS dihukum penjara di Austria


MAHKAMAH Austria semalam menjatuhkan hukuman penjara terhadap seorang imam dan tiga lelaki lain atas kesalahan menjalankan operasi kumpulan keagamaan yang merekrut pemuda untuk kumpulan Islamic State (IS).

Mahkamah di Graz, ibu kota Styria itu menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun terhadap imam berkenaan.

Tiga lagi lelaki masing-masing dikenakan enam tahun penajra, lima tahun dan lima bulan kerana pembabitan mereka dengan IS di Syria.

Dua lagi tertuduh dibicarakan tetapi dibebaskan.

Semua tertuduh lahir di Turki dan didapati terbabit dengan kumpulan diasaskan oleh imam berusia 47 tahun itu, yang mengaku tidak bersalah dalam aktiviti radikal, merekrut golongan belia untuk IS.

Seperti kebanyakan negara Eropah, Austria turut mengalami gelombang rakyat – kebanyakannya bawah umur dan sebahagiannya wanita muda – keluar dari negara itu untuk menyertai IS di Syria dan Iraq.

Pada 2016, seorang pendakwah Islam dikenali sebagai Ebu Tejma yang didapati ada kaitan dengan propaganda jihad dijatuhi hukuman 20 tahun penjara selepas didapati melakukan “brainwash” terhadap berpuluh-puluh individu berusia antara 14 dan 30 tahun. – AFP, 18 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen