BADAN penguatkuasaan undang-undang di 32 negara termasuk Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Britain menahan pengendali serta lebih 300 pengguna laman web haram pornografi kanak-kanak, lapor agensi berita Yonhap.
Biro Siber Agensi Polis Kebangsaan pada Rabu berkata pihaknya telah menahan 310 pengguna laman web itu termasuk 223 warga Korea Selatan, susulan siasatan yang dijalankan bermula September 2017 terhadap laman web dikenali ‘Welcome to Video’.
Tahun lepas, polis cuba menjejaki seorang warga Korea Selatan berusia 23 tahun yang mengendalikan laman web itu dan telah dijatuhi hukuman penjara setahun enam bulan.
Lelaki itu disyaki mengendalikan laman web haram sejak Julai 2015 hingga Mac tahun lepas di rumahnya di South Chungcheong Province, Korea Selatan.
Beliau mendapat keuntungan keuntungan kira-kira AS$336,417 dengan mengedarkan 220,000 video lucah kanak-kanak. Dipercayai laman web ini mempunyai 4,000 ahli berbayar.
Siasatan dijalankan Polis Korea Selatan dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat (AS), Pejabat Peguam AS, Lembaga Hasil Dalam Negeri AS dan Agensi Jenayah Kebangsaan Britain. – Bernama, 17 Oktober, 2019.
Komen