Sweden naikkan umur persaraan


Oelh kerana rakyat Sweden kini didapati hidup lebih lama dan sihat, ahli politik memutuskan umur persaraan dinaikkan. – Gambar EPA, 17 Oktober, 2019.

MEMANDANGKAN rakyat Sweden kini didapati hidup lebih lama dan sihat, ahli politik pada Rabu mengundi supaya umur persaraan dinaikkan, lapor agensi berita Xinhua, memetik stesen televisyen Sweden SVT.

Pada 2020, umur paling awal untuk pencen dikeluarkan akan dinaikkan dari 61 kepada 62 tahun manakala pada 2023, usia minimum dinaikkan lagi kepada 63 tahun.

“Sistem pencen di Sweden berada pada prestasi yang baik jadi untuk memastikan keadaan itu berterusan umur persaraan perlu dinaikkan,” kata ketua Jawatankuasa Parlimen mengenai Insurans Sosial Maria Malmer Stenergard.

Umur paling awal untuk pencen boleh dikeluarkan - dibayar kepada yang mempunyai sedikit atau langsung tiada pencen sepanjang hidup mereka - pada 2023 akan dinaikkan dari 65 kepada 66.

Penduduk di bawah demografi ini yang akan paling banyak tertakluk dengan keputusan itu, jelas ketua unit Insurans Sosial Sweden Mats Graner. Mereka di bawah kategori ini lebih ramai terdiri wanita dan yang bekerja menggunakan fizikal.

Sistem keselamatan sosial yang berkaitan seperti faedah pengangguran, faedah kepada mereka yang menghidap penyakit atau kurang upaya, sokongan untuk warga tua, pencen hidup dan elaun perumahan juga akan dikaji semula dan berubah apabila umur persaraan dinaikkan. – Bernama, 17 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen