Najib adalah 'maharaja' 1MDB, kata saksi


Bede Hong Timothy Achariam

Bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata, pengarah 1MDB bertugas untuk melaksanakan kehendak Najib.– Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 17 Oktober, 2019

BEKAS perdana menteri Najib Razak digambarkan sebagai “maharaja” yang memerintah 1Malaysia Development Berhad, termasuk dalam tiga fasa utama dakwaan pengubahan wang haram antara 2009 hingga 2013, kata saksi kepada mahkamah hari ini.

Ketika pemeriksaan balas, bekas CEO 1MDB Shahrol Azral Ibrahim Halmi menolak cadangan peguam bela Muhammad Shafee Abdullah bahawa keputusan tertentu boleh dilakukan oleh lembaga pengarah tanpa mendapat persetujuan dari Najib.

Shahrol berkata walaupun peruntukan di bawah Artikel 117 memorandum dan artikel persatuan 1MDB mungkin memberi ruang kepada lembaga pengarah, dalam amalan sebenar Najib memegang kuasa besar.

Saksi merujuk kepada usaha sama pada 2009 dengan PetroSaudi International dan tawaran bon pada 2012 yang dikaitkan dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) dipercepatkan kerana tekanan atasan.

Shahrol yang merupakan CEO 1MDB dari 2009 hingga 2013, dan kemudian ahli lembaga sehingga 2016, memberitahu mahkamah, pengarah 1MDB bertugas untuk melaksanakan kehendak Najib.

“Dari 2009 hingga 2013, dan ketika saya letak jawatan sebagai CEO, saya terus melihat perdana menteri, Datuk Seri Najib sebagai kuasa besar dalam 1MDB,” katanya.

Shafee: Saya mencadangkan kepada kamu bahawa kamu mempunyai tafsiran yang salah (dari perlembagaan syarikat). Adakah kamu mengatakan bekas perdana menteri adalah maharaja 1MDB. Tanpa sebarang semak dan imbang?

Shahrol: Dalam kes fasa I, fasa II dan fasa III, saya harus mengatakan ya.

Shafee: Jadi beliau adalah maharaja 1MDB?

Shahrol: Ya.

Najib, 66, dibicarakan atas empat tuduhan penyalahgunaan kuasa untuk memperkayakan dirinya dengan RM2.3 bilion daripada 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang haram dalam jumlah yang sama.

Dalam kenyataan pembukaannya pada 28 Ogos, Timbalan Pendakwa Raya Gopal Sri Ram menyifatkan tiga fasa utama di mana dana telah diubah melalui syarikat pelaburan negara. – 17 Oktober, 2019

Berita penuh di sini. 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen