Lelaki tarik balik saman terhadap iPhone 


Lelaki terbabit bertindak memfailkan saman terhadap Apple selepas mendakwa iPhone ubah dirinya menjadi gay.– Gambar EPA, 17 Oktober, 2019.

SEORANG lelaki Rusia yang memfailkan saman terhadap Apple selepas mendakwa iPhone ubah dirinya menjadi gay menarik balik saman kerana bimbang dengan privasi, kata peguamnya.

“Hari ini kita menarik balik tuntutan undang-undang,” kata peguam bela Sapizhat Gusnieva selepas pendenagran pertama di mahkamah Moscow.

Anak guamnya, yang hanya dikenali sebagai D.E. Razumilov, “enggan meneruskan kes itu,” katanya kepada pemberita di mahkamah.

Gusnieva berkata, Razumilov berdepan tekanan selepas netizen menemui maklumat dirinya dan penyokong Apple mula menulis surat kepadanya.

Beliau memutuskan untuk tidak meneruskan saman itu kerana perlu hadir ke mahkamah pada perbicaraan akan datang.

Dalam tuntutannya, Razumilov mendakwa bertukat menjadi gay selepas memesan Bitcoin menerusi aplikasi iPhone namun menerima matawang berbeza yang dipanggil “Gaycoin” dengan nota: “Cuba dulu baru tahu”.

Beliau kemudiannya memutuskan hubungan dengan teman wanita dan mula menjalin hubungan dengan lelaki yang menyebabkan dirinya malu, kata Gusnieva. – AFP, 17 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen