2 maut pacuan 4 roda langgar treler 


DUA orang maut apabila kenderaan pacuan empat roda dinaikimereka terbabas sebelum melanggar sebuah treler yang sedang berhenti di tepi jalan di Kilometer 273 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), berhampiran Hentian Rehat & Rawat (R&R) Seremban, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai, Supt Mohd Nor Marzukee Besar, berkata, dalam kejadian jam 1.55 pagi itu,  mangsa Goon Chin Keat, 38, dan rakan wanitanya Chong Pohy Yok, 37, maut di tempat kejadian selepas tersepit dalam kereta berkenaan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati kenderaan dipandu Goon dari Kuala Lumpur ke Seremban, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar belakang treler jenis Scania yang sedang berhenti di jalan susur keluar hentian  itu.

“Bagaimanapun, pemandu treler berusia 49 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan, di Seremban.

Katanya, kedua-dua mayat mangsa telah dibawa ke unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.– Bernama, 17 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen