Halim Saad tawar RM5.2 bilion beli saham Khazanah dalam PLUS


TERBARU, Halim Saad menjadi ahli perniagaan yang terkini membuat tawaran untuk mengambil alih konsesi lebuh raya Plus Malaysia Berhad, lapor FreeMalaysiaToday.

Portal berita itu berkata Halim dan seorang lagi ahli perniagaan Wong Gian Kui membuat tawaran RM5.2 bilion untuk 51% pegangan Khazanah Nasional dalam PLUS.

Itu jumlah terbesar setakat ini ditawarkan untuk memperoleh pegangan Khazanah dalam syarikat lebuh raya itu.

Yang menariknya ialah, Halim ialah bekas pengerusi Renong Group yang membina lebuh raya PLUS.

Halim dan Wong menyatakan minat mereka itu dalam satu surat kepada Menteri Kerja Raya Baru Bian, bertarikh 11 Oktober.

Jutawan itu turut mengesahkan tawaran itu kepada akhbar The Malaysian Reserve.

Tawaran Halim yang keempat kepada kerajaan untuk PLUS.

Terdahulu, tiga syarikat swasta menawarkan untuk memperoleh PLUS.

Maju Holdings Sdn Bhd menawarkan RM34.9 bilion termasuk hutang, dan dana ekuiti persendirian RJR Capital, RM3.5 bilion tunai termasuk liabiliti PLUS.

Widad Business Group membuat dua tawaran – mengambil alih saham Khazanah tetapi bukan KWSP, untuk RM1.5 bilion tunai, atau pembelian penuh RM3 bilion. – 17 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen