Seludup dadah, pelakon Benjy dihukum penjara 11 tahun di Indonesia


Pelakon, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy ketika dijatuhkan hukuman di mahkamah di Medan, hari ini, selepas didapati bersalah menyeludup dadah ke negara itu pada April. – Gambar AFP, 18 Oktober, 2017.

PELAKON Malaysia, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dijatuhi hukuman penjara 11 tahun di Indonesia hari ini atas kesalahan cubaan menyeludup dadah jenis syabu di dalam lubang duburnya masuk ke Sumatera.

Benjy ditahan bersama 4.5 gram dadah itu pada April di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu.

Tambahan kepada hukuman penjara, pelakon berusia 38 tahun itu diarahkan membayar denda AS$74,000 kepada Mahkamah Daerah Medan.

Terdahulu pihak pendakwa memohon kepada mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 14 tahun kerana Benjy terlepas hukuman gantung.

“Kami mendapati defendan Benjy dibuktikan bersalah, terhadap undang-undang memiliki dadah,” kata ketua hakim Wahyu Prasetyo Wibowo.

Benjy ialah anak kepada seniwati Malaysia Azean Irdawaty.

Presiden Indonesia Joko Widodo melancarkan kempen keras terhadap pembasmian penggunaan dadah pada 2014, termasuk menghukum bunuh tujuh pesalah dadah warga asing tahun lepas, termasuk dua rakyat Australia. – AFP, 18 Oktober, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen