NAIB Presiden Amerika Syarikat (AS) Mike Pence dan Setiausaha Negara AS Mike Pompeo berlepas ke Turki semalam bertujuan mendapatkan persetujuan gencatan senjata di wilayah utara Syria yang diceroboh negara itu.
“Misi kami adalah untuk mendapatkan persetujuan gencatan senjata,” kata Pompeo kepada wartawan.
Pence dan Pompeo dijadual mengadakan perbincangan dengan Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada hari ini, tetapi Erdogan enggan menemui mereka.
Erdogan turut berikrar operasi Turki di utara Syria, yang dilancarkan sebaik pengunduran tentera AS, akan tetap diteruskan.
Presiden AS Donald Trump yang berdepan kritikan hebat susulan pengunduran mengejut itu, menafikan beliau memberi lampu hijau kepada Erdogan untuk melancarkan operasi ke atas tentera Kurdish.
Pejabat Pence berkata AS akan terus menghukum dengan sekatan ekonomi kecuali jika gencatan senjata dicapai. – AFP, 17 Oktober, 2019.
Komen