PRESIDEN Catalonia Quim Torra mendesak semua keganasan yang melanda Barcelona sepanjang tiga malam ini dihentikan serta-merta, berkata ia menjejaskan imej gerakan pemisah.
“Kita tidak akan membenarkan insiden seperti yang kita nampak di jalanan. Ia perlu dihentikan sekarang. Tidak akan alasan atau justifikasi untuk bakar kereta, atau apa saja vandalisme,” katanya.
Ia susulan penunjuk perasaan yang berang dengan tindakan Sepanyol memenjarakan pemimpin gerakan pemisah selama sembilan tahun, bertempur dengan polis perusuh di ibu kota Catalonia.
Kenyataan Torra itu dibuat beberapa jam selepas Perdana Menteri Sepanyol Pedro Sanchez mengeluarkan rayuan langsung kepadanya untuk “dengan jelas” mengutuk keganasan tanpa alasan, di mana beliau sebelum ini tidak pernah berbuat demikian.
“Protes sepatutnya diadakan secara aman,” kata Tora dalam ucapannya yang disiarkan di televisyen.
“Kita tidak boleh benarkan kumpulan seumpama itu yang menyusup dan memprovokasi untuk menjejaskan imej gerakan yang bergantung pada jutaan rakyat Catalonia.” – AFP, 17 Oktober, 2019.
Komen