Pemimpin GPS, Pakatan bertelagah agihan peruntukan Sabah, Sarawak


Desmond Davidson

Ketua Whip GPS Fadillah Yusof berkata peruntukan sebanyak RM9.6 bilion - RM4.5 bilion kepada Sarawak dan RM5.1 bilion untuk Sabah - hanyalah 17.1% berbanding 30% yang dijanjikan oleh PH sebelum ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Oktober, 2019.

KETUA Pakatan Harapan (PH) Sarawak dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertelagah mengenai pengagihan peruntukan pembangunan antara Sabah dan Sarawak daripada RM56 juta yang diperuntukkan dalam Belanjawan 2020.

Ketua Whip GPS Fadillah Yusof berkata peruntukan sebanyak RM9.6 bilion - RM4.5 bilion kepada Sarawak dan RM5.1 bilion untuk Sabah - hanyalah 17.1% berbanding 30% yang dijanjikan oleh PH sebelum ini.

Bagaimanapun, Ketua PH Sarawak Chong Chieng Jen pula berkata Sabah dan Sarawak sebenarnya mendapat 31.9% daripada peruntukan pembangunan, bermakna janji dalam manifesto PH sudahpun ditunaikan.

Ahli Parlimen Stampin yang juga timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna itu berkata RM25.9 bilion daripada peruntukan RM56 bilion bagi pembangunan akan memanfaatkan kedua-dua negeri.

Fadillah mempersoalkan sama ada timbalan menteri itu ikhlas memperjuangkan hak Sarawak.

“Beliau tak sepatutnya bersikap seperti ada pakatan sulit dengan kerajaan persekutuan untuk mempertahankan kegagalan mereka menunaikan janji, serta menafikan hak dan peruntukan Sabah dan Sarawak yang dijanjikan dalam Belanjawan 2020,” kata ahli Parlimen Petra Jaya itu. – 16 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen