Protes Catalan: Polis Sepanyol tahan 51 individu


Di Barcelona polis telah menahan beratus-ratus penunjuk perasaan bertopeng yang melempar peluru ke arah anggota polis. – Gambar AFP, 16 Oktober, 2019.

POLIS Sepanyol menahan 51 individu di Catalonia semalam selepas terlibat dalam protes ganas menentang keputusan kerajaan memenjarakan sembilan pemimpin mereka.

Kumpulan pro-pembebasan melancarkan bantahan di luar pejabat kerajaan Sepanyol di beberapa bandar Catalan dengan kira-kira 40,000 orang mengambil bahagian di Catalonia dan 9,000 lagi di kubu kuat pemisah di Girona, menurut polis wilayah dan serantai.

Di Barcelona polis telah menahan beratus-ratus penunjuk perasaan bertopeng yang melempar peluru ke arah anggota polis.

Polis telah menahan 29 individu di wilayah Barcelona, 14 di wilayah Tarragona dan lapan di Lleida, menurut kementerian dalam negeri Sepanyol.

Kementerian itu berkata, 72 pegawai polis cedera dalam pertempuran termasuk beberapa orang mengalami patah tulang.

Sebuah kereta api berkelajuan tinggi antara Barcelona dan Fiqueres, sebuah bandar tidak jauh dari sempadan Perancis disekat keraja disabotaj, kata kerajaan pusat dalam satu kenyataan.

Protes itu terletus selepas pemisah Catalan berang dengan keputusan Mahkamah Agung yang menyerahkan hukuman penjara berat antara sembilan dan 13 tahun kepada pemimpin disabitkan atas kesalahan hasutan berkaitan pungutan suara 2017 dan pengisytiharan kemerdekaan seketika. – AFP, 16 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen