Air India muncul syarikat penerbangan pertama guna ‘Taxibot’ 


Air India muncul syarikat penerbangan pertama di dunia menggunakan perkhidmatan 'Taxibot' untuk mengalihkan kapal terbang A-320 ketika penumpang masih berada di dalam pesawat. – Gambar EPA, 16 Oktober, 2019.

 AIR India muncul syarikat penerbangan pertama di dunia menggunakan perkhidmatan ‘Taxibot’ untuk mengalihkan kapal terbang A-320 ketika penumpang masih berada di dalam pesawat, lapor agensi berita Xinhua. 

 ‘Taxibot’ sejenis kenderaan khas yang digunakan untuk mengalihkan pesawat dari ruang letak pesawat ke landasan dan sebaliknya.

 Memetik All India Radio, Pengerusi dan Pengarah Urusan Air India Ashwani Lohani berkata buat pertama kali di dunia Taxibot digunakan ke atas pesawat Airbus.

Bertujuan memelihara alam sekitar dan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, ia mampu mengurangkan penggunaan bahan api sebanyak 85 peratus dan melambatkan enjin rosak dan haus.  

Lohani pada Selasa merasmikan pelepasan pesawat AI665 di lapangan terbang Delhi menuju ke Mumbai, yang dialihkan ke landasan menggunakan Taxibot. – Bernama, 16 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen