Tabung Haji lupus aset bernilai RM1.22 bilion sehingga 30 Jun


Ragananthini Vethasalam

ASET bernilai RM1.219 bilion dilupuskan oleh Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) sehingga 30 Jun 2019, kata Fuziah Salleh pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Ini termasuk saham bernilai RM803.9 juta, instrumen kewangan dengan nilai buku RM405.3 juta dan harta bernilai RM10.4 juta.

Jumlah keuntungan daripada pelupusan berjumlah RM61.1 juta.

Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata organisasi itu bukan sahaja bergantung kepada penjualan aset untuk pendapatan, tetapi pendapatan juga dijana melalui dividen, pegangan sukuk, pajakan dan deposit bank.

Antara Januari dan Jun, Tabung Haji mengumumkan pendapatan sebanyak RM1.32 bilion hasil sumbangan pelaburan aset tetap (RM663 juta), hartanah (RM292 juta) dan instrumen  kewangan Islam (RM199 juta).

Didorong oleh langkah pengoptimuman kos, dana jemaah haji itu juga melaporkan keuntungan bersih sebanyak RM815 juta bagi separuh pertama 2019. – 16 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen