AHLI Parlimen mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Dzulkifli Ahmad yang terjejas akibat video viral hubungan sulit dengan isteri orang, supaya meletak jawatan.
Video itu didakwa memaparkan Dzulkifli dengan seorang wanita ketika mereka berada di Bali, Indonesia.
Ia juga mendakwa wanita terbabit bercerai dengan suaminya pada 28 September di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Klang, susulan hubungan sulit itu.
Chong berkata “memang patut ketua SPRM memilih untuk letak jawatan” kerana skandal hubungan sulit dengan isteri orang serta Dzulkifli dikatakan punca keluarga berkenaan berpecah.
“Jadilah orang yang ada maruah dan hormat pada jawatan itu. Letak jawatan.”
Chong juga menyelar menteri yang menyokong Dzulkifli terus memegang jawatan itu.
“Ia sangat tidak perlu,” katanya merujuk kepada kenyataan dibuat Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said Keruak, yang berkata Dzulkifli bertabah dan tidak mengalah dengan taktik untuk menjejaskannya itu.
Salleh berkata Dzulkifli diserang oleh mereka yang tidak boleh “menggunakannya”.
Dzulkifli pertama kali bersuara mengenai dakwaan hubungan sulit itu semalam, berkata ia “taktik kotor” untuk mengganggunya daripada perjuangannya menentang rasuah.
Dzulkefli memberitahu TV3 yang serangan itu dibuat susulan pendekatan agresif SPRM sejak awal tahun ini terhadap mereka yang terbabit dalam rasuah dan salah guna kuasa.
“Taktik kotor ini bertujuan untuk mencemarkan imej saya dan reputasi sebagai pesuruhjaya SPRM dan menjatuhkan kredibiliti SPRM dalam menjalankan tugas kami memastikan negara kita bebas rasuah dan salah guna kuasa,” katanya tanpa memperincikan “taktik kotor” itu.
Beliau bagaimanapun tidak menafikan isi kandungan video itu dan tidak menyebut sama ada video itu benar atau tidak.
Polis sedang menyiasat video itu susulan laporan yang dibuat oleh seorang eksekutif jualan.
Kes itu dan sedang menyiasatnya di bawah Seksyen 498 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada kesalahan menggoda wanita yang sudah berkahwin dengan niat untuk mengadakan hubungan haram. – 18 Oktober, 2017.
Komen