SEKURANG-KURANGNYA tujuh anggota tentera Afghanistan terbunuh apabila helikopter dinaiki terhempas di wilayah Afghanistan utara Balkh pada Selasa, kata pihak berkuasa.
Menurut Kementerian Pertahanan Afghanistan, helikopter MI-17 terhempas kerana “masalah teknikal”.
“Kesemua tujuh anak kapal termasuk empat juruterbang mati syahid dalam kejadian itu,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan.
Helikopter itu sedang dalam perjalanan ke misi latihan, dari pangkalan tentera berhampiran Mazar-i-Sharif ketika ia terhempas di pinggir bandar. – AFP, 16 Oktober, 2019.
Komen