Arab Saudi, Rusia meterai perjanjian kerjasama 


Presiden Rusia Vladimir Putin ketika meakukan lawatan ke Arab Saudi.– Gambar EPA, 15 Oktober, 2019.

ARAB Saudi dan Rusia pada Isnin telah menandatangani perjanjian untuk menjalinkan kerjasama di beberapa sektor utama, lapor agensi berita Xinhua.

Perjanjian itu dimeterai semasa lawatan Presiden Rusia Vladimir Putin ke Arab Saudi.

Pada majlis menandatangani perjanjian itu, Menteri Tenaga Arab Saudi Abdulaziz bin Salman Al Saud berkata kedua-dua negara memulakan fasa kerjasama dan integrasi baharu bertujuan mencapai kemakmuran dan kemajuan bersama.

“Melalui Jawatankuasa Bersama Saudi-Rusia, kami bekerjasama menyelaraskan…objektif Wawasan Kerajaan 2030 dengan…rancangan pembangunan strategik Rusia, hasilnya, perjanjian kerjasama peringkat tinggi Saudi-Rusia ditandatangani di sini hari ini,” katanya.

“Kami mensasarkan, melalui perjanjian ini banyak bidang ekonomi dapat dibangunkan dan hubungan perdagangan diperkukuhkan lagi,” tambahnya. – Bernama, 15 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen