SEORANG wanita warga Vietnam diusir dari Lapangan Terbang Sydney kerana gagal mengisytiharkan daging babi dan produk makanan yang dibawa bersamanya, lapor agensi berita Vietnam (VNA).
Pihak berkuasa tempatan di Australia kini menjalankan pemeriksaan lebih ketat bagi mencegah wabak demam babi Afrika (AFS).
Insiden berlaku pada Sabtu (12 Oktober) selepas pegawai biokeselamatan menemui 4.6 kilogram daging babi dan 470 gram telur bersama beberapa produk makanan lain.
Antara 5 November 2018 dan 31 Ogos 2019, lebih 27 tan produk daging babi berjaya disekat daripada memasuki Australia.
Menteri Pertanian Australia Bridget McKenzie berkata awal tahun ini perubahan dibuat kepada undang-undang imigresen supaya pelawat antarabangsa yang membawa barang berisiko tinggi yang tidak diisytiharkan seperti babi dari negara dilanda AFS, boleh diusir dan visa mereka dibatalkan. – Bernama, 15 Oktober, 2019.
Komen