KOREA Utara bersetuju memberi Korea Selatan rakaman video perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia membabitkan kedua-dua negara itu, yang akan diadakan pada Selasa petang di Pyongyang, selepas menolak permintaan Seoul menyiarkan perlawanan secara langsung, lapor agensi berita Yonhap.
Rakaman video itu akan diserahkan kepada delegasi Kementerian Penyatuan Korea Selatan sebelum berlepas dari Pyongyang pada Rabu petang.
Sebelum ini, Korea Selatan meminta siarang langsung, tetapi rundingan mengenai perkara itu gagal. Perlawanan itu adalah yang pertama sejak 1990.
Menurut pegawai kementerian itu sebuah bilik media disediakan di Stadium Kim Il Sung, membolehkan petugas Korea Selatan yang mengiringi pemain menyampaikan maklumat mengenai perlawanan itu.
Pasukan Korea Selatan tiba di ibu negara Korea Utara Isnin petang.
Sementara itu, Presiden FIFA, Gianni Infantino, juga dijadual berlepas ke Pyongyang untuk menyaksikan perlawanan tersebut. – Bernama, 15 Oktober, 2019.
Komen