14 anggota polis terbunuh dalam serangan di Mexico


Laporan media tempatan berkata polis sedang menyerahkan waran di pinggir bandar ketika kumpulan lelaki bersenjata menaiki kenderaan pacuan empat roda melepaskan tembakan. – Gambar EPA, 15 Oktober, 2019.

SEKUMPULAN lelaki bersenjata membunuh 14 anggota polis pada Isnin dalam serangan hendap di Michoacan di barat Mexico, kata pihak berwajib, mengutuk keganasan terbaru di rantau ini, kawasan pergolakan kumpulan penjenayah.

Laporan media tempatan berkata polis sedang menyerahkan waran di pinggir bandar ketika kumpulan lelaki bersenjata menaiki kenderaan pacuan empat roda melepaskan tembakan.

Mereka membakar sekurang-kurangnya dua kereta ronda yang menimbulkan huru-hara dan meninggalkan mesej ancaman kepada kepada pasukan keselamatan di tempat kejadian.

Kerajaan “mengutuk serangan yang membunuh 14 pegawai polis di Aguililla, Michoacan. Kami berhubung dengan kerajaan negeri dan akan mengerahkan semua sumber kami untuk mereka ... bagi mencari mereka yang bertanggungjawab dan membawanya ke muka pengadilan,” tulis  Kementerian Keselamatan persekutuan di Twitter.

Gabernor Michoacan Silvano Aureoles juga mengutuk serangan “pengecut” itu.

Pihak berkuasa mengarahkan sekatan polis di jalan raya selepas serangan.

Lebih dari 250,000 orang dibunuh di Mexico sejak tentera dikerahkan turun menjalankan operasi, termasuk 33,749 yang direkodkan tahun lepas.

Kerajaan Lopez Obrador masih belum mampu membendung keganasan dengan 23,063 pembunuhan pada Ogos lalu yang bakal memecahkan lagi rekod pembunuhan negara. – AFP, 15 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen