Bajet seimbang dalam 5 tahun jika perang perdagangan berakhir, kata Guan Eng


Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata Putrajaya menjangkakan bajet akan seimbang dalam tempoh lima tahun jika perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China diselesaikan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 14 Oktober, 2019.

PUTRAJAYA menjangkakan bajet akan seimbang dalam tempoh lima tahun jika perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China diselesaikan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam satu sesi temubual bersama Bloomberg Television.

Kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menaikkan cukai yang tidak perlu dan akan dibelanjakan mengikut kemampuannya walaupun ini memberi kesan kepada matlamatnya untuk mencapai anggaran seimbang dalam jangka waktu terdekat.

Mengurangkan defisit fiskal akan menjadi matlamat jangka sederhana, kata Lim dalam temu bual yang diadakan selepas beliau membentangkan belanjawan negara 2020 Jumaat lalu.

Sasaran defisit untuk 2020 ialah 3.2% dari keluaran dalam negara kasar dari 3% sebelumnya.

Untuk mengumpul dana, Malaysia akan menjual bon denominasi yen tahun depan.

Lim berkata, jumlah itu masih dibincangkan dengan Jepun.

“Usaha lain untuk mengumpul dana termasuk pemulangan wang dan aset yang hilang melalui 1Malaysia Development Bhd (1MDB),” katanya.

Dalam bajet untuk tahun depan, Putrajaya juga memperkenalkan pelbagai insentif untuk menarik lebih banyak pelaburan dari syarikat global dan pelabur China kerana ia berusaha untuk mencari kelebihan dalam perang perdagangan semasa.

Lim berkata beliau menjangkakan pelaburan asing langsung dari China akan hampir standing dengan pelaburan dari Amerika Syarikat dan Eropah pada tahun akan datang. – 14 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen