NEW Zealand akan menubuhkan pasukan penyiasat khusus untuk menangani ancaman pengganas dalam talian, dalam usahanya menangani kegagalan mencegah kejadian serangan tembakan di masjid Christchurch, kata Perdana Menteri Jacinda Ardern hari ini.
Arden kini menerajui usaha global untuk memaksa gergasi teknologi mengekang gerakan bahan keganasan dalam talian sejak penembak membunuh 51 orang Islam yang sedang bersolat pada Mac di negara itu, kejadian itu disiarkan secara langsung di Facebook.
Tetapi, kejadian itu yang mensasarkan dua buah masjid di negara itu juga menunjukkan kerajaannya perlu memperhebat usaha untuk mengekang penyebang keganasan dalam talian.
“Kita akan akan pasukan khas memfokuskan untuk mengacau pergerakan kandungan keganasan merentas seluruh saluran digital,” katanya.
“Ia akan bekerja serupa seperti unit memerangi bahan seksual kanak-kanak, dengan bekerjasama dengan hos digital untuk mencari dan membuang kandungan merbahaya.”
Ardern berkata Jabatan Hal Ehwal Dalaman akan mengupah 17 orang pakar penyiasat, forensik dan perisikan untuk tugas mengekang pergerakan kandungan keganasan dalam talian itu.
Dalam tempoh 24 jam selepas serangan Christchurch, yang didakwa dilakukan seorang lelaki pelampau kulit putih, Facebook sudah memadamkan 1.5 juta kandungan video tersebut.
Ardern berkata usaha terbarunya itu juga adalah satu desakan kepada gergasi teknologi dunia supaya lebih bertanggungjawab dalam kandungan pelampau dalam talian dan permohonan untuk memadamkannya.
Gergasi seperti Facebook, Amazon, Google, Twitter dan Microsoft sudah berikrar menyokong inisiatif itu.
Ardern juga mengetatkan undang-undang pemilikan senjata di New Zealand dan menubuhkan jawatankuasa semakan kehakiman untuk memastikan sama ada pihak polis dan perisikan terlepas pandang ancaman sehingga menyebabkan tragedi itu berlaku.
Penembak itu, Brenton Tarrant, mengaku tidak bersalah atas 51 pertuduhan bunuh, 40 pertuduhan cubaan bunuh dan terlibat dalam aktiviti keganasan.
Perbicaraannya akan bermula 2 Jun tahun depan di Christchurch. – AFP, 14 Oktober, 2019.
Komen