USAHAWAN Bumiputera diperuntukkan sebanyak RM445 juta di bawah Bajet 2020, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini sekali gus menafikan dakwaan hanya RM50 juta diberikan.
Beliau meminta Ketua Pembangkang Ismail Sabri Yaakob yang telah membuat dakwaan di Dewan Rakyat hari ini untuk memeriksa fakta-fakta mengenai belanjawan itu.
“Ketua pembangkang telah bertanya mengapa usahawan Bumiputera hanya mendapat RM50 juta dan usahawan India RM20 juta tetapi orang Cina mendapat RM100 juta.
“Ini tidak benar dan tidak berdasarkan fakta. Dalam bajet, jumlah yang diperuntukkan untuk usahawan Bumiputera adalah RM445 juta. Ia diperuntukkan melalui pelbagai agensi seperti Teraju dan SME Corp,” kataya kepada pemberita di lobi Dewan Rakyat hari ini.
Lim berkata tuduhan itu adalah fitnah dan beliau akan menunggu Ismail Sabri menjawab penjelasannya.
Lim yang membentangkan Bajet 2020 di Parlimen Jumaat lalu telah mengumumkan pelbagai insentif untuk usahawan Bumiputera dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
RM445 juta adalah untuk pembiayaan, penyediaan premis perniagaan dan latihan untuk usahawan melalui pelbagai agensi.
PKS Bumiputera juga dianggap sebagai “segmen keutamaan PKS” di bawah belanjawan bersama dengan mereka yang mengejar digitisasi dan eksport yang lebih tinggi.
Semua ini boleh diakses lebih baik ke pembiayaan melalui skim pinjaman perniagaan di mana jaminan kerajaan ke atas pembiayaan meningkat dari 70% hingga 80% manakala yuran berkurang kepada 0.75%.
Terdapat juga dana RM300 juta untuk usahawan Bumiputera oleh SME Bank.
Sementara itu RM100 juta bagi PKS China merupakan peningkatan dari RM50 juta dalam jumlah pinjaman mikro dari Bank Simpanan Nasional pada kadar 4%. – 14 Oktober, 2019.
Komen