PERANCIS melahirkan kebimbangan pada Ahad selepas pihak berkuasa Kurdish melaporkan ratusan ahli keluarga militan warga asing melarikan diri dari kem pengasingan di utara Syria.
Perancis dilanda gelombang serangan militan sejak 2015, yang banyak mengakui bertanggungjawab atau diilhamkan oleh kumpulan Islamic State (Daesh) dan meluahkan kebimbangan serangan Turki ke atas pasukan Kurdish yang mengetuai perjuangan menentang Daesh di Syria akan meningkatkan radikal.
Pihak berkuasa Kurdish dan kuasa asing memberi amaran berulang kali pertempuran akan membolehkan militan melarikan diri daripada tahanan.
“Sudah tentu kita bimbang tentang apa yang mungkin berlaku dan itulah sebabnya kita mahu Turki ... mengakhiri serangan itu secepat mungkin,” kata jurucakap kerajaan Sibeth Ndiaye memberitahu stesen televisyen France 3.
Beliau berkata demikian susulan pengumuman pentadbiran Kurdish di Syria utara bahawa pengeboman Turki berhampiran kem pelarian manusia menyebabkan hampir 800 sanak saudara anggota IS melarikan diri.
Tentera Kurdish juga mendakwa lima militan melarikan diri Jumaat dari penjara di timur laut.
“Saya tidak tahu,siapa sebenarnya orang yang melarikan diri dari khemah, ia menjadi kebimbangan Perancis sejak awal campur tangan bersenjata ini,” kata Ndiaye.
Sementara itu, keluarga militan di Syria menggesa kerajaan pada Ahad menghantar pulang warga Perancis dan anak-anak mereka, berikutan berita mengenai kejadian itu.
Satu kumpulan yang menggelar diri sebagai “Collective of Unified Families” menggesa Paris dalam satu kenyataan pada Ahad “segera membawa pulang anak warga Perancis yang tidak bersalah yang terperangkap dalam perang di Syria, dan atas alasan keselamatan ... untuk membawa pulang ibu bapa mereka juga.”
Perancis, yang menyumbang bilangan militan Eropah terbesar di Syria, menegaskan mereka yang berjuang di luar negara harus dibicarakan di negara tempat mereka ditangkap tetapi baru-baru ini membenarkan pulang beberapa orang dewasa dan kanak-kanak militan.
Paris berpendapat ia akan mempertimbangkan warga negara yang ditahan di timur laut Syria berdasarkan kes, dan Ndiaye berkata dasar itu tetap tidak berubah.
Menteri Luar Jean-Yves Le Drian menyifatkan militan IS kelahiran Perancis sebagai “musuh” negara. – AFP, 14 Oktober, 2019.
Komen