CANSELOR Jerman Angela Merkel pada hari Ahad mendesak Presiden Recep Tayyip Erdogan untuk menghentikan serangan Turki ke atas kawasan utara Syria dengan serta-merta, memberi amaran bahawa ia boleh mencetuskan ketidakstabilan dan kebangkitan semula kumpulan Daesh.
Dalam satu panggilan telefon bersama Erdogan, Merkel “meminta supaya operasi ketenteraan terhadap Syria segera ditamatkan,” kata pejabat Canselor itu dalam satu kenyataan.
Operasi Turki mengancam penduduk untuk meninggalkan tempat tinggal mereka, kata Merkel lagi.
Beliau turut mengatakan bahawa ia juga akan menyebabkan “ketidakstabilan wilayah dan membawa kepada kebangkitan Daesh”.
Jerman dan Perancis pada hari Sabtu berkata bahawa mereka akan menggantung eksport senjata kepada Turki susulan serangan di Syria terhadap Kumpulan Perlindungan Rakyat Kurdi (YPG).
Turki menganggap YPG sebagai pemberontak Kurdi yang mengancam wilayah negaranya, namun sebaliknya kuasa Barat mendukung Kurdi sebagai kekuatan utama bagi menentang Daesh di Syria – AFP, 13 Oktober, 2019.
Komen