Pemberontak Myanmar culik 31 tebusan


Tentera Myanmar sebelum ini mengerahkan ribuan askar ke negeri itu bagi menghapuskan gerakan pemberontak. – Gambar AFP, 13 Oktober, 2019.

SEKUMPULAN pemberontak Rakhine menculik 31 tebusan dalam sebuah bas selepas menyamar sebagai ahli sukan.

Kebanyakan tebusan merupakan anggota bomba dan pekerja binaan.

Ketika kejadian, bas itu dalam perjalanan ke ibu negeri Rakhine, Switte dan ditahan oleh seorang lelaki berpakaian awam sebelum 18 pemberontak berpakaian sukan menyerbu masuk kenderaan itu.

Kesemua pemberontak sebelum itu bersembunyi dalam hutan berhampiran.

Pihak tentera menyifatkan pemberontak tersalah culik tebusan kerana menyangka anggota bomba yang menaiki bas itu merupakan askar.

Usaha mengesan tebusan masih giat dilakukan.

Kumpulan pemberontakan Tentera Arakan yang memperjuangkan wilayah autonomi untuk Rakhine gagal dihubungi untuk mengesahkan penglibatan  mereka.

Tentera Myanmar sebelum ini mengerahkan ribuan askar ke negeri itu bagi menghapuskan gerakan pemberontak.

Kumpulan hak asasi berkata tentera Myanmar menculik dan menyeksa tahanan tetapi pihak tentera menyalahkan pemberontak dalam insiden serangan bom, tembakan dan penculikan. – AFP,  13 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen