Serangan bom di sempadan Somalia, polis Kenya terbunuh


Beberapa polis Kenya terbunuh apabila kenderaan dinaiki mereka dibom di tepi jalan berhampiran sempadan Somalia. – Gambar AFP, 13 Oktober, 2019.

BEBERAPA pegawai polis Kenya terbunuh hari ini apabila kenderaan dinaiki mereka dibom di tepi jalan berhampiran sempadan Somalia.

Ketua polis Kenya Hilart Mutyambai dalam satu kenyataan berkata, beberapa anggotanya maut dan kenderaan yang dinaiki rosak teruk.

Beliau bagaimanapun tidak memberikan jumlah anggota yang terbunuh.

Namun satu lagi sumber polis yang mahu nama dirahsikan berkata, terdapat kira-kira 10 pegawai terbunuh dan peranti bom itu disyaki diletakkan oleh kumpulan jihad Sheikhab.

Serangan itu berlaku di daerah Kenari timur Garissa bersempadan dengan Somalia, lokasi yang kerap berlaku serangan Shebaab.

Pada 15 Jun, sekurang-kurangnya lapan pegawai polis terbunuh dalam kejadian sama di daerah Wajir di utara Garissa.

Penggunaan senjata buatan tangan terhadap polis dan tentera peronda di kawasan sempadan utara serta timur sudah biasa berlaku.  – AFP, 13 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen