PEMANGKU ketua keselamatan dalam negeri Amerika Syarikat (AS) Kevin McAleenan meletak jawatan, umum Presiden Donald Trump semalam, menjadi pegawai kanan terbaru meninggalkan pentadbiran itu.
“Kevin McAleenan menjalankan tugas dengan baik. Kami bekerjasama dengan baik dengan selama ini,” kata Trump di Twitter.
“Kevin sekarang, selepas bertahun berkhidmat dalam kerajaan, mahu menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarnya dan menyertai sektor swasta. Tahniah Kevin.”
McAleenan berkhidmat dalam jawatan itu hanya enam bulan, menggantikan Kirstjen Nielsen, yang memegang jawatan itu selama 18 bulan.
Sepanjang perkhidmatan McAleenan yang singkat itu, pentadbiran Trump mempertingkatkan usaha untuk menghalang kemasukan pendatang asing dari Honduras, Guatemala dan El Salvador dengan meminta Mexico menyekat transit mereka dan memohon suaka di negara pertama yang mereka masuk iaitu Guatemala atau Mexico. – AFP, 12 Oktober, 2019.
Komen