KERAJAAN Australia telah menggesa agar operasi ketenteraan Turki di utara Syria dihentikan, lapor agensi berita China Xinhua.
Canberra menyuarakan kebimbangannya dengan memanggil Duta Turki ke Australia ke Jabatan Hal Ehwal Luarnya manakala Duta Australia di Ankara Marc Innes-Brown turut meluahkan perkara itu kepada rakan sejawatnya di ibu kota Turki.
Dalam satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan pada Khamis, Perdana Menteri Scott Morrison dan Menteri Luar Marise Payne berkata kerajaan Australia “amat bimbang dengan operasi ketenteraan secara unilateral oleh Turki di timur laut Syria.”
“Tindakan seperti ini akan mempunyai kesan buruk ke atas keselamatan serantau dan boleh menjejaskan kejayaan yang diraih oleh gabungan tentera antarabangsa dalam perjuangannya memerangi Daesh, yang kekal sebagai ancaman serius kepada keamanan dan kestabilan serantau meskipun telah tewas dikubu kuat mereka,” menurut kenyataan itu. – Bernama, 11 Oktober, 2019.
Komen