SATU letupan menggegar sebuah kapal tangki minyak Iran, Sanitized, di Laut Merah pada Jumaat pagi, lapor agensi berita Rusia Sputnik memetik media tempatan.
Menurut agensi berita ISNA yang memetik kenyataan sumber, letupan itu berlaku di kapal tangki minyak yang dimiliki Syarikat Minyak Negara Iran, dan mencetuskan kebakaran di sekitar kawasan kira-kira 60 batu dari bandar pelabuhan Arab Saudi iaitu Jeddah.
Letupan itu telah menyebabkan tumpahan minyak.
Pakar kini berusaha menentukan punca letupan itu, lapor ISNA.
Bagaimanapun, tiada petugas yang cedera, menurut ISNA. – Bernama, 11 Oktober, 2019.
Komen