7 aktivis Sarawak didakwa tidak hormat lagu Negaraku


Desmond Davidson

Tujuh tertuduh bersama aktivis Sarawak for Sarawakians yang lain bergambar sebelum prosiding mahkamah di Kuching hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 11 Oktober, 2019.

TUJUH aktivis hak asasi manusia Sarawak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuching hari ini atas tuduhan tidak menghormati lagu Negaraku pada satu acara awam di Kuching pada 27 September.

Leong Shaow Tung, 43, Kon Tai Keong, 37, Bong Sak Sin,44, Andrew Chong, 33, Tan Kok Chiang, 46, Pui Ping Ping, 46, dan Phang Ngin Pen, 64, minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan .

Mereka didakwa tidak berdiri sebagai memberi penghormatan ketika lagu Negaraku berkumandang pada satu majlis kutipan dana untuk sebuah NGO.

Aktivis Sarawak For Sarawakians (S4S) itu didakwa mengikut Seksyen 8(3) Akta Lagu Kebangsaan 1968, dibenarkan ikat jamin RM1,000 dengan seorang penjamin setiap tertuduh.

Jika disabitkan bersalah mereka akan menjadi yang pertama didakwa mengikut undang-undang yang sudah berusia 31 tahun itu.

Mereka boleh didenda maksimum RM100 atau penjara tidak melebihi sebulan, jika sabit kesalahan.

Majistret Zubaidah Sharkawi menetapkan tarikh perbicaraan pada 1 November. – 11 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen