SYARIKAT pengendali perniagaan pengantaraan atau e-panggilan Grab memberi peringatan kepada pelanggannya, waktu menunggu akan menjadi lebih lama esok.
Ia susulan penguatkuasaan penuh syarat berkaitan pemandu e-panggilan bermula esok yang dijangka akan menyebabkan kurang pemandu di jalan raya.
“Pengutkuasaan akan bermula 12 Oktober ini, ia bakal mengakibatkan kurangnya pemandu di atas jalan dan meningkatkan tempoh menunggu.
“Sila merancang waktu perjalanan sepanjang tempoh ini,” kata Grab kepada pengguna aplikasi itu.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada 9 Oktober berkata, Putrajaya akan melaksanakan penguatkuasaan penuh peraturan berkaitan e-hailing sebaik sahaja tempoh melengkapkan syarat dan peraturan yang ditetapkan bagi pemandu e-hailing berakhir esok.
Namun, Loke berkata, walaupun penguatkuasaan bermula 12 Oktober ini, pihak berkuasa akan melaksanakan pemeriksaan berperingkat bagi memastikan operasi perkhidmatan itu tidak terjejas. – 11 Oktober, 2019.
MENYUSUL
Komen