VOLODYMYR Zelensky, pelawak terkenal sebelum dipilih menjadi presiden Ukraine pada musim luruh lalu, menjanjikan pendekatan segar dalam politik negara bekas Soviet itu.
Dan pada Khamis, beliau melakukan sesuatu yang tidak pernah dibuat politikus lain sebelum ini- sidang media lebih 12 jam yang diisytiharkan Agensi Rekod Negara Ukraine sebagai yang terpanjang dalam sejarah dunia.
Selepas lapan jam majlis itu berlangsung, sidang media utama pertama Zelensky selepas berkuasa Mei lepas, wakil media bangun untuk memberitahunya bahawa beliau telah memecahkan rekod dunia.
Presiden berusia 41 tahun itu terkejut dengan tindakan itu, berkata beliau adalah seorang yang “sederhana” dan enggan meraikannya.
Rekod sebelum ini dipegang oleh pemimpin Belarus Alexander Lukashensko dengan sidang media selama tujuh jam, lapor media Ukraine.
Pencapaian Zelensky masih belum disahkan badan antarabangsa.
Sidang media semalam berlangsung di sebuah medan makan di tengah Kiev.
Ratusan wartawan tempatan dan antarabangsa menyertai Zelensky di meja makan untuk bertanyakan soalan bergilir-gilir.
Presiden bercakap tentang perang di timur Ukraine, hubungan dengan Rusia dan panggilan telefonnya dengan Presiden AS Donald Trump yang menyebabkan siasatan pendakwaan dilakukan.
Zelensky memberitahu media Ukraine yang beliau menerima suntikan untuk menguatkan kotak suaranya sebelum majlis. – 11 Oktober, 2019.
Komen