PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mencadangkan Washington menjadi orang tengah antara Turki dan puak Kurdish selepas Ankara melancarkan misi ketenteraan di Syria.
“Kita ada tiga pilihan: Hantar beribu tentera dan menang, kenakan tekanan kewangan dan sekatan terhadap Turki, atau jadi orang tengah antara Turki dan Kurdish!” tulis Trump di Twitter.
“Saya harap ini akan jadi yang terakhir,” kata presiden AS itu kepada pemberita.
Trump sebelum ini mengarahkan tentera AS berundur dari sempadan utara Syria dengan alasan tidak mahu menghalang tindakan Turki terhadap Kurdish.
Selepas diselar oleh partinya sendiri, Trump kemudian berkata beliau mahu mengurangkan serangan Turki dengan mengancam akan mengenakan sekatan ekonomi.
“Saya harap beliau akan bertindak dengan rasional,” kata Trump pada Rabu, merujuk kepada Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan. – AFP, 11 Oktober, 2019.
Komen