JAMES Murdoch, salah seorang anak lelaki Rupert Murdoch, mengambil alih kepentingan minoriti dalam Vice Media, sebuah agensi media generasi milenial yang berkembang pesat, lapor Financial Times semalam.
Tindakan anak lelaki bongsu Murdoch itu adalah sebahagian menjarakkan diri daripada perniagaan keluarga yang kini berpusat sekitar “Fox baharu” yang dibentuk oleh penjualan aset filem dan TV kepada Walt Disney Co dan kumpulan penerbitan News Corp.
Laporan menyebut yang pelaburan James dilakukan sebuah kumpulan ekuiti baharu dibentuk, Lupa Systems.
Jumlah pelaburan tidak dinyatakan, tetapi ia berlaku ketika Vice bersetuju mengambil alih kumpulan media digital berfokuskan wanita Refinery29, kata FT.
Vice masih belum membalas permintaan ulasan berita itu oleh AFP.
Rupert, 88, menyerahkan operasi harian Fox kepada anak lelaki sulungnya Lachlan sejak beberapa tahun lepas.
James pula dianggap memberi tumpuan kepada entiti media yang kurang konservatif berbanding ayahnya, menurut FT lagi. James sudah menjadi ahli Lembaga Pengarah Vice sejak beberapa tahun lepas.
Enam orang anak Rupert menerima anggaran AS$2 bilion (RM8.4 bilion) hasil penjualan kebanyakan aset kepada 21st Century Fox, meninggalkan operasi media lebih kecil kepada keluarganya yang tertumpu kepada Fox News dan aset TV lain. – AFP, 11 Oktober, 2019.
Komen