Turki tahan wartawan kritik operasi tentera di Syria


KETUA pengarang laman web berita pembangkang Turki ditahan polis hari ini atas kesalahan mengkritik operasi tentera yang dilancarkan di Syria.

Agensi berita Anadolu berkata ketua laman web berita Birgun, Hakan Demir ditahan kerana “menghasut orang ramai kepada permusuhan dan kebencian” menerusi mesej di Twitter.

Birgun diselar selepas melaporkan orang awam terbunuh dalam serangan yang dilancarkan oleh tentera Turki ke atas puak Kurdish di Syria semalam. Kerajaan Turki menafikan laporan laman web itu.

Menurut polis, sebanyak 78 kertas siasatan dibuka berkenaan “propaganda” dalam talian terhadap operasi tentera itu.

Turki semalam melancarkan “Operation Peace Spring” terhadap Pasukan Demokrasi Syria (SDF) yang diketuai Kurdish. – AFP, 10 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen