Parti Ennahda menang pilihan raya Parlimen Tunisia


Penyokong parti Ennahda meraikan kemenangan dalam pilihan raya Parlimen Tunisia. Ia menyaksikan parti menang 52 daripada 127 kerusi dipertandingkan. – Gambar EPA, 10 Oktober, 2019.

PARTI Ennahda memenangi pilihan raya parlimen Tunisia yang diadakan pada hujung minggu lalu, lapor agensi berita Anadolu memetik Suruhanjaya Pilihan Raya Tinggi negara itu.

Berdasarkan keputusan rasmi dalam pilihan raya yang menyaksikan 127 kerusi dipertandingkan, parti berkenaan berjaya memenangi 52 kerusi.

Parti The Heart menduduki tempat kedua 38 kerusi diikuti parti Demokratik Semasa dengan 22 kerusi, parti Gerakan Rakyat (16 kerusi) dan parti Long Live (14).

Selebihnya, 75 lagi kerusi dimenangi beberapa lagi parti yang bertanding.

Pilihan raya Parlimen kedua negara itu diadakan pada 6 Oktober berikutan revolusi Tunisia pada 2011. – Bernama, 10 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen