Exco, wakil rakyat DAP ditahan kes acara pengganas


Kalidevi Mogan Kumarappa

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan, Cawangan Khas Bukit Aman, Ayub Khan Mydin Pitchay mengesahkan mereka ditahan kerana hadir pada majlis berkaitan LTTE tahun lalu. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 10 Oktober, 2019.

BUKIT AMAN mengesahkan tiga individu ditahan termasuk seorang exco dan wakil rakyat DAP kerana terbabit dalam acara kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE).

Sumber mengesahkan Exco Melaka G Saminathan ditahan di pejabat di Seri Melaka dan Adun Seremban Jaya, P Gunasekaran ditahan di Negeri Sembilan pagi ini. 

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Antikeganasan, Cawangan Khas Bukit Aman, Ayub Khan Mydin Pitchay mengesahkan seorang lagi individu adalah wakil sebuah NGO dari Perak.

Beliau mengesahkan kesemuanya ditahan kerana menyertai sebuah majlis berkaitan LTTE yang dianjurkan pada tahun lalu. – 10 Oktober, 2019.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen