PERDANA Menteri Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata sukar untuk mengurangkan cukai dan menambah subsidi dalam Bajet 2020 yang akan dibentangkan esok.
Beliau berkata perlu ada imbangan antara kedua-duanya kerana kerajaan mesti ada wang untuk memberikan lebih banyak subsidi.
“Saya faham apa yang rakyat mahukan (dalam Bajet 2020) ialah cukai lebih rendah dan tambah subsidi. Ia sukar. Anda tidak boleh kurangkan cukai dan tambah subsidi.
“Kami akan cuba untuk kurangkan cukai, tetapi kerajaan perlu ada wang jika kami hendak beri subsidi,” katanya selepas menghadiri Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau dan Produk Eko Antarabangsa hari ini.
Menteri Kewangan Lim Guan Eng akan membentangkan Bajet 2020 yang dijangka menyasarkan kepada merangsang perbelanjaan domestik dan pelaburan di ambang ekonomi dunia yang suram. – 10 Oktober, 2019.
Berita penuh di sini.
Komen