Pakar perlembagaan silap mengenai cukai negeri Sarawak, kata peguam


Desmond Davidson

Penasihat Undang-Undang Negeri Sarawak, JC Fong dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali pada sidang media di Kuching, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight, 9 Oktober, 2019.

PAKAR perlembagaan, Profesor Dr Shad Saleem Faruqi silap dalam tafsirannya bahawa kerajaan negeri tidak boleh mengenakan cukai jualan ke atas produk petroleum yang dikeluarkan di negeri itu, kata peguam.

Penasihat Undang-Undang Negeri Sarawak, JC Fong berkata jika Shad Saleem berkata demikian dengan alasan bahawa negeri tidak boleh mengenakan cukai ke atas produk petroleum kerana ia berada dalam Senarai Persekutuan, maka Putrajaya tidak boleh mengenakan cukai ke atas perkara yang berada di bawah Senarai Negeri.

Fong berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr Shad Saleem di Kuching pada forum “The Spirit of the Malaysia Agreement 1963 (MA 63) in our Constitution” semalam.

Dr Shad Saleem berkata Sarawak hanya boleh mengenakan cukai jualan 5% ke atas perkara yang terkandung dalam Senarai Negeri. Petroleum tersenarai dalam Senarai Persekutuan, katanya.

“Kita tak sependapat dengan hujah itu,” kata Fong pada sidang media di bangunan Dewan Undangan Negeri, hari ini.

Menurut beliau hujah Dr Shad Saleem “tidak boleh sah dari segi undang-undang”.

“Kalau begitu, maka kami boleh bantah Parlimen luluskan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) dan duti setem pindah milik harta tanah (dalam negeri),” katanya, memandangkan tanah adalah perkara dalam Senarai Negeri. – 9 Oktober, 2019.

Berita penuh di sini.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen