2 maut ditembak di depan rumah ibadat Yahudi di Jerman


Dua orang maut ditembak di luar rumah ibadat Yahudi di Halle Jerman hari ini. – Gambar EPA, 9 Oktober, 2019.

SEKURANG-KURANGNYA dua orang terbunuh selepas ditembak di luar rumah ibadat Yahudi di Halle Jerman hari ini.

“Petunjuk awal menunjukkan dua orang telah terbunuh. Beberapa tembakan telah dilepaskan,” kata polis menerusi akaun Twitter dan mendesak penduduk berhampiran untuk berlindung di dalam rumah.

Polis sebelum ini berkata suspek melarikan diri dengan menaiki sebelum kereta sebelum mengesahkan seorang suspek telah ditangkap.

Menurut Daily Mail penyerang berpakaian seragam tentera dan melepaskan tembakan menggunakan sub mesingan.

Ia tidak jelas sama ada terdapat penyerang lain.

Stesen kereta api pusat juga turut ditutup, kata syarikat kereta api Deutsche Bahn.

Menurut laporan Bild, insiden tembakan berlaku di depan sebuah rumah ibadat di daerah Paulus dan sebuah bom tangan turut dilemparkan ke tanah perkuburan Yahudi.

Kejadian berlaku pada hari Yom Kippur iaitu hari paling suci dalam agama Yahuid dengan penganutnya berpuasa selama lebih 24 jam. – AFP, 9 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen