SEKATAN visa yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) terhadap pegawai China melanggar norma hubungan antarabangsa, mengganggu hal ehwal dalam negara dan menghakis secara perlahan-lahan kepentingan negara itu, lapor agensi berita Sputnik.
“Atas alasan hak asasi manusia, AS telah bertindak lebih jauh pada hari ini apabila mengumumkan sekatan visa ke atas pegawai China, selepas mengenakan sekatan terhadap beberapa organisasi dan syarikat China semalam,” menurut kenyataan Kedutaan China di AS pada Selasa.
“Ia pelanggaran serius terhadap norma yang menjadi asas kepada hubungan antarabangsa, mengganggu hal ehwal dalaman China dan menjejaskan kepentingan China,” tambah kenyataan itu.
Terdahulu pada Selasa Setiausaha AS Mike Pompeo mengumumkan sekatan visa terhadap kerajaan China dan pegawai Parti Komunis kerana didakwa melanggar hak asasi manusia di rantau Xinjiang.
China berulang kali menafikan tuduhan itu. – Bernama, 9 Oktober, 2019.
Komen