Korea Selatan belanja AS$8.5 juta untuk latihan tentera dengan AS sejak 2016


Tahun ini Korea Selatan memperuntukan 1.16 bilion won bagi latihan bersama dengan AS yang dikenali '19-1 Dong Maeng' pada Mac. – Gambar EPA, 9 Oktober, 2019.

KOREA Selatan membelanjakan 10.2 bilion won (AS$8.5 juta) untuk latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat (AS) sejak 2016, lapor agensi berita Yonhap memetik data Kementerian Pertahanan dan Ketua Turus Bersama pada Rabu.

Sebanyak 4.3 bilion won dibelanjakan pada 2016, termasuk 2.2 bilion won untuk latihan Penyelesaian Utama dan 2.1 bilion won untuk latihan “Ulchi Freedom Guardian”.

Sementara, 3.5 bilion won lagi dibelanjakan pada tahun berikutnya untuk dua program latihan tahunan.

Tahun lepas, hanya latihan Penyelesaian Utama dilaksanakan dan Korea Selatan membelanja 1.26 bilion won manakala latihan ‘Ulchi Freedom Guardian’ dibatalkan, selepas Presiden Donald Trump berikrar menamatkan apa yang dipanggil sebagai “permainan perang” dengan Korea Selatan.

Tahun ini, dua negara sekutu itu mengadakan latihan bersama dikenali “19-1 Dong Maeng” pada Mac dan Korea Selatan memperuntukkan 1.16 bilion won. – Bernama, 9 Oktober, 2019.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen