MENTERI Luar Jepun, Taro Kono pada Isnin menyatakan sokongan Tokyo terhadap perjanjian nuklear Julai 2015 yang dimeterai antara Iran dengan lima anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Jerman, lapor agensi berita Jepun Jiji Press.
Dalam perbualan telefon dengan Menteri Luar Iran Javad Zarif, Kono berkata Jepun akan terus membantu pelaksanaan perjanjian nuklear itu.
Kono membuat kenyataan itu selepas Presiden AS Donald Trump pada Jumaat mendedahkan rancangan pentadbiran beliau untuk menyemak semula perjanjian bersejarah tersebut secara berkesan.
Zarif memaklumkan Kono yang Iran memandang tinggi pendirian Jepun dalam isu itu, sambil menambah negaranya telah mematuhi perjanjian nuklear tersebut dan bersedia untuk terus melakukannya. – Bernama, 17 Oktober, 2017.
Komen